Tuesday, June 26, 2012

Program kepimpinan Pelajar 2012



Program kepimpinan pelajar pada kali ini telah diadakan di hulu langat. tempat hulu ckit la, tapi seronok...jumlah pesereta 120...biasanya 80 orang jer,tapi tahun nie kita up ckit..semua cikgu terlibat dalam menjayakan program nie,jutaan terima kasih kepada semua unit sekolah dalam menjayakan program ini. keseronokan apabila dapat bermandi manda kat sungai nie...dapat release tension...program 3 hari 2 malam nie memberi banyak impak positif kepada murid dalam menjadi seorang pemimpin yanh unggul.








Saturday, March 24, 2012

Program Maju Diri 2012





Program Maju Diri kembali lagi. kali ini pelaksanaan berbeza, PMD 2012 dijalankan di dewan mengikut tahun masing-masing. Program ini telah dibahagikan kepada beberapa slot yang mana bertujuan memberikan motivasi kepada murid dalam memulakan sesi pembelajaran di awal sesi persekolahan. Jutaan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dan barisan fasilitator dalam menjayakan program ini.

KURSUS ASAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2012







 
Kursus pembimbing rakan sebaya atau lebih sinonim dengan panggilan PRS telah dijalankan di makmal komputer sekolah. seramai 33 orang peserta yang terdiri daripada PRS tahun 4, 5 dan 6 mengikuti kursus ini. Jutaan terima kasih kepada barisan guru yang terlibat dalam menjayakan kursus ini sebagai fasilitatot iaitu pn asmaa yusoff, ustazah khirmiza, ustazah hazira dan ustazah noorashikin. ucapan terima kasih juga, kepada penyelaras makmal en rozaimi kerana meminjamkan tempat,hehe.di harap pembimbing rakan sebaya 2012 lebih mantap dalam menjalankan tugas dengan menjadikan prinsip " bantu diri untuk bantu orang lain " sebagai pegangan....

motivasi mentor mentee 2012






program motivasi yang diadakan khusus untuk murid-murid tahap 2 telah disampaikan oleh               penceramah jemputan saudara alang dari motivasi sentuhan qalbu (MSQ ). program ini menekanka peranan mentee yang terdiri daripada murid tahun 6.

Monday, November 29, 2010

KAUNSELING INDIVIDU

- DEFINISI KAUNSELING INDIVIDU

Terdapat pelbagai definisi kaunseling individu yang telah dihuraikan oleh beberapa pakar kaunseling. Antaranya ialah :

a) Kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien.
b) Kaunseling individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia menolong untuk menyelesaikan konflik, atau pertikaian yang belum diselesaikan.

- Kamaruzaman Jamal dalam Abdul Halim Othman (1999) -

c) Kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, huungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.

- Muhd Mansur Abdullah (1993) -

JENIS-JENIS KAUNSELING INDIVIDU

i) Kaunseling akademik

- Menyediakan kaunseling dalam usaha membantu klien memilih mata pelajaran yang sejajar dengan minat, keupayaan dan pencapaian mereka. Selain daripada itu, kaunseling akademik juga menyampaikan makluamat mengenai peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tingggi dalam negara ataupun luar negara.

ii) Kaunseling kerjaya

- Kaunseling kerjaya membantu klien mendapatkan maklumat kerjaya yang sejajar dengan minat, bakat, keupayaan dan pencapaian akademik. Menurut Holland dalam Gibson & Mitchell (1981), individu akan memberi persekitaran kerja yang berkaitan dengan minat mereka, kesesuaian pekerjaan dengan minat pekerja yang akan memberi kepuasan yang lebih.

- Oleh itu, asas kaunseling kerjaya adalah bagi kaunselor kerjaya ialah mengidentifikasikan kerjaya yang sesuai dengan minat kerjaya. Kaunseling kerjaya juga menolong klien menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya serta mendedahkan kepada klien secara meluas jenis-jenis kerjaya di sektor awam dan sektor swasta.

- Kaunseling kerjaya juga boleh memberi ingatan dan kesedaran kepada klien bahawa perancangan kerjaya adalah perlu.

iii) Kaunseling pemulihan- (Stone, 2002) menyenaraikan 3 sebab mengapa perlunya kaunseling pemulihan iaitu ;
-Kaunselor pemulihan mengandaikan kes-kes klien mempunyai masalah fizikal seperti kecelaruan tingkah laku atau kecacatan.

-Kaunselor pemulihan bertanggungjawab menyediakan klien dengan maklumat pendidikan dan rawatan pemulihan. Kejayaan kaunselor pemulihan selalu diukur dengan kejayaan mereka untuk membantu klien mendapatkan pekerjaan.

-Klien telah mengharapkan kaunselor pemulihan menyediakan perkhidmatan yang luas terutamanya berkaitan dengan kecacatan dan ketidakupayaan memperoleh pekerjaan. Klien mempunyai harapan dan jangkaan yang tinggi terhadap kaunselor.

iv) Kaunseling peribadi

- Kaunseling peribadi merupakan kaunseling yang meneroka pertumbuhan kendiri klien, membantu klien memahami pelbagai keperluan dan masalah yang berkaitan. Tujuan kaunseling individu adalah untuk membantu klien memperolehi kefahaman sendiri, iaitu membantu klien memperolehi maklumat dan mebentuk sikap celik akal an nilai yang sejajar dengan kehendak masyarakat.

- Kaunseling individu juga menolong klien berkomunikasi dengan lebih berkesan dan membina perhubungan yang baik dengan anggota-anggota lain. Dalam proses kaunseling individu juga akan membantu klian untuk membuat keputusan yang waras dan bijaksana.

Thursday, November 25, 2010

Pekeliling Berkaitan Guru Bimbingan & Kaunseling


1.      KP : 8613/Jld 3/6.
Asrama Sekolah (Selain daripada asrama-asrama sekolah berasrama penuh dan Sekolah Menengah Sains), Bertarikh 2 Oktober 1973.

2.      Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6A/1975.
Disiplin, Murid-murid Menghisap Rokok, Bertarikh 5 September 1975.

3.      Surat Pekeliling Bil 7/1975
Salahguna Dadah, Garis Panduan Untuk Guru Panduan Dan Guru Besar, Bertarikh 19 Ogos 1975.

4.      Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1978.
Acara Suaikenal Di Sekolah-sekolah, Bertarikh 2 Mei 1978.
           
5.      KP(BS)  8786-51/Jld III/ (34).
Laporan Penggal Kes-kes Penyalahgunaan Dadah,  Bertarikh 27 Jun 1978.
     
6.      Surat Pekeliling Ikhtisan Bil 1/1983.
Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di Sekolah-sekolah, Bertarikh 25 Februari 1983.

7.      KP(BS) 8591/Jld II (4).
Acara Suaikenal Di Sekolah-sekolah, Bertarikh 17 Mac 1983.

8.      Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1983.
Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran, Bertarikh 7 November 1983.

9.      Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1984.
Perhimpunan Sekolah, Bertarikh 14 Jun 1984.

10.  Surat Kelulusan Perbendaharaan Bil KK/BP(29.00) 248/14.25 (Jld 2/73).
Kelulusan Kadar Penyediaan Bermasak Bagi Peserta-peserta Kursus Dalam Perkhidmatan Yang Menghadiri Kursus Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat ( Lingkungan 25 KM).

11.  Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 1995.
Peraturan Mengenai Kadar-kadar Dan Syarat Bayaran Saguhati Kepada Pensyarah/Penceramah Sambilan. 
 
12.  Surat Pekeliling Iktisas Bil.1 / 1995.
Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah.

13.  Surat Pekeliling Iktisas Bil. 9 / 1995.
Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan UPSR Bagi Murid-Murid Tahun 6.

14.  Surat Pekeliling Iktisas Bil. 2 / 1996.
Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan dan Kerapian Berpakaian.

15.  Surat Pekeliling Iktisas Bil. 3 / 1996.
Panduan Tambahan : Pelantikan Guru Kaunseling Sepenuh Masa di Sekolah Menengah.

16.  Surat Pekeliling Iktisas Bil. 4 / 1997.
Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok.

17.  Surat Pekeliling Iktisas Bil. 2 / 1999.
Penganjuran Program Motivasi Di Sekolah.

18.  Surat Pekeliling Iktisas Bil. 4 / 2002.
Pelaksanaan Program Sekolah  Selamat.

19.  Surat Pekeliling Iktisas Bil. 5 / 2002.
Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan.

20.  Surat Pekeliling Iktisas Bil. 14 / 2002.
Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003.

21.  Surat Pekeliling Iktisas Bil 3 / 2003.
Ke Arah Membudayakan Nilai Berterima Kasih.

22.  Undang-undang Malaysia Akta 611.
Akta Kanak-kanak 2001.

23.  Undang-undang Malaysia Akta 580.
Akta Kaunselor.

            24. Hak Asasi Kanak-kanak di Konvensyen Geneva.

Norma Kerja Guru bimbingan & kaunseling

BIL.
JENIS TUGAS
MASA DIAMBIL
JUMLAH UNIT SEMINGGU

1.

Sesi Kaunseling Individu

40 minit
10

2.

Sesi Kaunseling Kelompok

40 minit
3

3.

Pengurusan dan Pentadbiran

30 minit
4

4.

Pengajaran Kaunseling

40 minit
4

5.

Mesyuarat / Kursus / Bengkel

40 minit
1

6.

Penyediaan Kertas Kerja

40 minit
2

7.

Pelaksanaan Program

80 minit
1




Jumlah Keseluruhan Masa Diambil

1000 minit