Saturday, March 24, 2012

Program Maju Diri 2012





Program Maju Diri kembali lagi. kali ini pelaksanaan berbeza, PMD 2012 dijalankan di dewan mengikut tahun masing-masing. Program ini telah dibahagikan kepada beberapa slot yang mana bertujuan memberikan motivasi kepada murid dalam memulakan sesi pembelajaran di awal sesi persekolahan. Jutaan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dan barisan fasilitator dalam menjayakan program ini.

KURSUS ASAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2012







 
Kursus pembimbing rakan sebaya atau lebih sinonim dengan panggilan PRS telah dijalankan di makmal komputer sekolah. seramai 33 orang peserta yang terdiri daripada PRS tahun 4, 5 dan 6 mengikuti kursus ini. Jutaan terima kasih kepada barisan guru yang terlibat dalam menjayakan kursus ini sebagai fasilitatot iaitu pn asmaa yusoff, ustazah khirmiza, ustazah hazira dan ustazah noorashikin. ucapan terima kasih juga, kepada penyelaras makmal en rozaimi kerana meminjamkan tempat,hehe.di harap pembimbing rakan sebaya 2012 lebih mantap dalam menjalankan tugas dengan menjadikan prinsip " bantu diri untuk bantu orang lain " sebagai pegangan....

motivasi mentor mentee 2012






program motivasi yang diadakan khusus untuk murid-murid tahap 2 telah disampaikan oleh               penceramah jemputan saudara alang dari motivasi sentuhan qalbu (MSQ ). program ini menekanka peranan mentee yang terdiri daripada murid tahun 6.