Tuesday, June 26, 2012
Program kepimpinan Pelajar 2012
Program kepimpinan pelajar pada kali ini telah diadakan di hulu langat. tempat hulu ckit la, tapi seronok...jumlah pesereta 120...biasanya 80 orang jer,tapi tahun nie kita up ckit..semua cikgu terlibat dalam menjayakan program nie,jutaan terima kasih kepada semua unit sekolah dalam menjayakan program ini. keseronokan apabila dapat bermandi manda kat sungai nie...dapat release tension...program 3 hari 2 malam nie memberi banyak impak positif kepada murid dalam menjadi seorang pemimpin yanh unggul.
Saturday, March 24, 2012
Program Maju Diri 2012
Program Maju Diri kembali lagi. kali ini pelaksanaan berbeza, PMD 2012 dijalankan di dewan mengikut tahun masing-masing. Program ini telah dibahagikan kepada beberapa slot yang mana bertujuan memberikan motivasi kepada murid dalam memulakan sesi pembelajaran di awal sesi persekolahan. Jutaan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dan barisan fasilitator dalam menjayakan program ini.
KURSUS ASAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2012
Kursus pembimbing rakan sebaya atau lebih sinonim dengan panggilan PRS telah dijalankan di makmal komputer sekolah. seramai 33 orang peserta yang terdiri daripada PRS tahun 4, 5 dan 6 mengikuti kursus ini. Jutaan terima kasih kepada barisan guru yang terlibat dalam menjayakan kursus ini sebagai fasilitatot iaitu pn asmaa yusoff, ustazah khirmiza, ustazah hazira dan ustazah noorashikin. ucapan terima kasih juga, kepada penyelaras makmal en rozaimi kerana meminjamkan tempat,hehe.di harap pembimbing rakan sebaya 2012 lebih mantap dalam menjalankan tugas dengan menjadikan prinsip " bantu diri untuk bantu orang lain " sebagai pegangan....
motivasi mentor mentee 2012
program motivasi yang diadakan khusus untuk murid-murid tahap 2 telah disampaikan oleh penceramah jemputan saudara alang dari motivasi sentuhan qalbu (MSQ ). program ini menekanka peranan mentee yang terdiri daripada murid tahun 6.
Monday, November 29, 2010
KAUNSELING INDIVIDU
- DEFINISI KAUNSELING INDIVIDU
Terdapat pelbagai definisi kaunseling individu yang telah dihuraikan oleh beberapa pakar kaunseling. Antaranya ialah :
a) Kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien.
- DEFINISI KAUNSELING INDIVIDU
Terdapat pelbagai definisi kaunseling individu yang telah dihuraikan oleh beberapa pakar kaunseling. Antaranya ialah :
a) Kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien.
b) Kaunseling individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia menolong untuk menyelesaikan konflik, atau pertikaian yang belum diselesaikan.
- Kamaruzaman Jamal dalam Abdul Halim Othman (1999) -
c) Kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, huungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.
- Muhd Mansur Abdullah (1993) -
JENIS-JENIS KAUNSELING INDIVIDU
i) Kaunseling akademik
- Kamaruzaman Jamal dalam Abdul Halim Othman (1999) -
c) Kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, huungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.
- Muhd Mansur Abdullah (1993) -
JENIS-JENIS KAUNSELING INDIVIDU
i) Kaunseling akademik
- Menyediakan kaunseling dalam usaha membantu klien memilih mata pelajaran yang sejajar dengan minat, keupayaan dan pencapaian mereka. Selain daripada itu, kaunseling akademik juga menyampaikan makluamat mengenai peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tingggi dalam negara ataupun luar negara.
ii) Kaunseling kerjaya
- Kaunseling kerjaya membantu klien mendapatkan maklumat kerjaya yang sejajar dengan minat, bakat, keupayaan dan pencapaian akademik. Menurut Holland dalam Gibson & Mitchell (1981), individu akan memberi persekitaran kerja yang berkaitan dengan minat mereka, kesesuaian pekerjaan dengan minat pekerja yang akan memberi kepuasan yang lebih.
- Oleh itu, asas kaunseling kerjaya adalah bagi kaunselor kerjaya ialah mengidentifikasikan kerjaya yang sesuai dengan minat kerjaya. Kaunseling kerjaya juga menolong klien menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya serta mendedahkan kepada klien secara meluas jenis-jenis kerjaya di sektor awam dan sektor swasta.
- Kaunseling kerjaya juga boleh memberi ingatan dan kesedaran kepada klien bahawa perancangan kerjaya adalah perlu.
iii) Kaunseling pemulihan- (Stone, 2002) menyenaraikan 3 sebab mengapa perlunya kaunseling pemulihan iaitu ;
-Kaunselor pemulihan mengandaikan kes-kes klien mempunyai masalah fizikal seperti kecelaruan tingkah laku atau kecacatan.
-Kaunselor pemulihan bertanggungjawab menyediakan klien dengan maklumat pendidikan dan rawatan pemulihan. Kejayaan kaunselor pemulihan selalu diukur dengan kejayaan mereka untuk membantu klien mendapatkan pekerjaan.
-Klien telah mengharapkan kaunselor pemulihan menyediakan perkhidmatan yang luas terutamanya berkaitan dengan kecacatan dan ketidakupayaan memperoleh pekerjaan. Klien mempunyai harapan dan jangkaan yang tinggi terhadap kaunselor.
iv) Kaunseling peribadi
- Kaunseling peribadi merupakan kaunseling yang meneroka pertumbuhan kendiri klien, membantu klien memahami pelbagai keperluan dan masalah yang berkaitan. Tujuan kaunseling individu adalah untuk membantu klien memperolehi kefahaman sendiri, iaitu membantu klien memperolehi maklumat dan mebentuk sikap celik akal an nilai yang sejajar dengan kehendak masyarakat.
- Kaunseling individu juga menolong klien berkomunikasi dengan lebih berkesan dan membina perhubungan yang baik dengan anggota-anggota lain. Dalam proses kaunseling individu juga akan membantu klian untuk membuat keputusan yang waras dan bijaksana.
Thursday, November 25, 2010
Pekeliling Berkaitan Guru Bimbingan & Kaunseling
1. KP : 8613/Jld 3/6.
Asrama Sekolah (Selain daripada asrama-asrama sekolah berasrama penuh dan Sekolah Menengah Sains), Bertarikh 2 Oktober 1973.
2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6A/1975.
Disiplin, Murid-murid Menghisap Rokok, Bertarikh 5 September 1975.
3. Surat Pekeliling Bil 7/1975
Salahguna Dadah, Garis Panduan Untuk Guru Panduan Dan Guru Besar, Bertarikh 19 Ogos 1975.
4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1978.
Acara Suaikenal Di Sekolah-sekolah, Bertarikh 2 Mei 1978.
5. KP(BS) 8786-51/Jld III/ (34).
Laporan Penggal Kes-kes Penyalahgunaan Dadah, Bertarikh 27 Jun 1978.
6. Surat Pekeliling Ikhtisan Bil 1/1983.
Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di Sekolah-sekolah, Bertarikh 25 Februari 1983.
7. KP(BS) 8591/Jld II (4).
Acara Suaikenal Di Sekolah-sekolah, Bertarikh 17 Mac 1983.
8. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1983.
Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran, Bertarikh 7 November 1983.
9. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1984.
Perhimpunan Sekolah, Bertarikh 14 Jun 1984.
10. Surat Kelulusan Perbendaharaan Bil KK/BP(29.00) 248/14.25 (Jld 2/73).
Kelulusan Kadar Penyediaan Bermasak Bagi Peserta-peserta Kursus Dalam Perkhidmatan Yang Menghadiri Kursus Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat ( Lingkungan 25 KM).
11. Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 1995.
Peraturan Mengenai Kadar-kadar Dan Syarat Bayaran Saguhati Kepada Pensyarah/Penceramah Sambilan.
12. Surat Pekeliling Iktisas Bil.1 / 1995.
Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah.
13. Surat Pekeliling Iktisas Bil. 9 / 1995.
Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan UPSR Bagi Murid-Murid Tahun 6.
14. Surat Pekeliling Iktisas Bil. 2 / 1996.
Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan dan Kerapian Berpakaian.
15. Surat Pekeliling Iktisas Bil. 3 / 1996.
Panduan Tambahan : Pelantikan Guru Kaunseling Sepenuh Masa di Sekolah Menengah.
16. Surat Pekeliling Iktisas Bil. 4 / 1997.
Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok.
17. Surat Pekeliling Iktisas Bil. 2 / 1999.
Penganjuran Program Motivasi Di Sekolah.
18. Surat Pekeliling Iktisas Bil. 4 / 2002.
Pelaksanaan Program Sekolah Selamat.
19. Surat Pekeliling Iktisas Bil. 5 / 2002.
Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan.
20. Surat Pekeliling Iktisas Bil. 14 / 2002.
Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003.
21. Surat Pekeliling Iktisas Bil 3 / 2003.
Ke Arah Membudayakan Nilai Berterima Kasih.
22. Undang-undang Malaysia Akta 611.
Akta Kanak-kanak 2001.
23. Undang-undang Malaysia Akta 580.
Akta Kaunselor.
24. Hak Asasi Kanak-kanak di Konvensyen Geneva.
Norma Kerja Guru bimbingan & kaunseling
BIL. | JENIS TUGAS | MASA DIAMBIL | JUMLAH UNIT SEMINGGU |
1. | Sesi Kaunseling Individu | 40 minit | 10 |
2. | Sesi Kaunseling Kelompok | 40 minit | 3 |
3. | Pengurusan dan Pentadbiran | 30 minit | 4 |
4. | Pengajaran Kaunseling | 40 minit | 4 |
5. | Mesyuarat / Kursus / Bengkel | 40 minit | 1 |
6. | Penyediaan Kertas Kerja | 40 minit | 2 |
7. | Pelaksanaan Program | 80 minit | 1 |
Jumlah Keseluruhan Masa Diambil | 1000 minit |
Senarai Tugas Guru Kaunseling Sepenuh Masa
4.1.1 Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
4.1.2 Mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temubual dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas murid.
4.1.3 Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid.
4.1.4 Mengumpul, menyelia, menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kepada semua murid melalui sebarang media yang sesuai.
4.1.5 Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang meransang perkembangan murid secara optimum.
4.1.6 Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan bimbingan dan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
4.1.7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua murid.
4.1.8 Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemberian maklumat sesuai dengan penawaran pakej pensijilan terbuka dan keperluan IPT.
4.1.9 Menjadi ahli jawatakuasa program pencegahan dadah, inhalan, rokok, alkohol dan HIV/AIDS.
4.1.10 Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti untuk menyedia dan mendedahkan murid kepada peluang
melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar
negara.
4.1.11 Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung bimbingan dan kaunseling, kerjaya dan pendidikan pencegahan dadah.
4.1.12 Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa , guru ,kakitangan bukan guru, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan murid.
4.1.13 Membuat penilaian aktiviti modul, model, instrumen dan profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah .
4.1.14 Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
4.1.15 Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
4.1.16 Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebar kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
4.1.17 Memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid, guru, kakitangan dan ibu bapa yang memerlukannya.
4.1.18 Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan .
4.1.19 Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah dan PIBG.
4.1.20 Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancangan Sekolah, Disiplin Sekolah dan Jawatankuasa Lembaga / Badan Pengawas.
4.1.21 Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.
4.1.22 Menjadi penyelaras dalam program-program perkembangan murid kolokium, motivas, kem jaya diri, kepimpinan dan kursus ketatanegaraan.
4.1.23 Menjadi urusetia kepada program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan Dasar Bahasa Tambahan dan Jawatankuasa penempatan (Kemasukan ) murid di sekolah.
4.1.24 Menjadi penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri.
4.1.25 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh ketua jabatan dari semasa ke semasa.
Piagam Pelanggan
1. Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.
2. Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.
3. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesionalisme.
4. Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan Kod Etika Kerahsiaan tertakluk kepada persetujuan klien.
5. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.
6. Menepati temujanji bersama klien dengan memberi khidmat yang sesuai dalam tempoh 48 jam.
7. Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi klien yang memerlukan kaunseling krisis.
8. Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan persetujuan klien atas dasar limitasi keupayaan Guru Kaunseling.
9. Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien dengan penuh jujur, ikhlas dan beretika.
10. Membangunkan potensi individu sebagai model insan yang mampu menyumbang kepada negara.
Objektif Unit Bimbingan Dan Kaunseling
§ Kemahiran belajar.
§ Memberi pendedahan kerjaya kepada murid dengan cara melaksanakan :
§ Ujian psikometrik.
· Program psikososial.
· Program kesejahteraan mental.
perkembangan kesejahteraan individu melalui:
· Konsultasi keibubapaan.
· Kaunseling keluarga.
pendekatan pendidikan pencegahan dadah melalui:-
· Pendekatan Keluarga Cemerlang
· Pembentukan Jati Diri Remaja
· Sekolah Bebas Dadah
melalui:-
· Mengenal Diri Dan Potensi Diri
· Kemahiran Kepimpinan
· Kehidupan Bermasyarakat
· Penyelesaian Masalah
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Bagi memastikan bahawa matlamat dan objektif perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tercapai, kaedah penyampaian dan perkhidmatan kepada kumpulan sasar adalah amat penting. Keberkesanan perkhidmatan akan dapat mewujudkan pelajar yang seimbang, berjiwa besar dan waja, berwawasan dan berketrampilan. Usaha-usaha untuk membina insan yang terus maju ke arah hidup yang bermakna bagi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara perlu dilaksanakan dengan secara seimbang dalam semua bidang seperti berikut: | ||||||
Bil | Bidang | Input | Kaedah | |||
1. | Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling | 1. | Akademik | Kaunseling Individu Kaunseling Kelompok Bimbingan Individu Bimbingan Kelompok Konsultasi | ||
2. | Kerjaya | |||||
3. | Psikososial | |||||
4. | Keluarga | |||||
5. | Peribadi | |||||
6. | Kes Disiplin | |||||
7. | Dadah | |||||
8. | HIV/ AIDS | |||||
9. | Krisis | |||||
2. | Pengurusan dan Pentadbiran | 1. | Maklumat Kerjaya | Sistem Fail Paparan Sebaran Brosur / Pamplet Poster Buku Buku Skrap Perkongsian | ||
2. | Maklumat Pendidikan dan Latihan | |||||
3. | Maklumat Dadah | |||||
4. | Maklumat HIV/ Aids | |||||
5. | Maklumat Bahaya Rokok dan Kesihatan | |||||
6. | Rancangan Tahunan | |||||
7. | Kertas Kerja Program | |||||
8. | Buku Rekod Perkhidmatan | |||||
9. | Borang-borang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling | |||||
10. | Jadual Waktu Perkhidmatan | |||||
11. | Maklumat Murid | |||||
12. | Laporan Program | |||||
13. | Keceriaan Bilik Kaunseling | |||||
14. | Papan Kenyataan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling | |||||
15. | Laporan dan Rekod Sesi | |||||
16. | Penilaian Program | |||||
17. | Rekod dan Laporan Kewangan | |||||
3. | Akademik | 1. | Pemilihan mata pelajaran elektif | Bimbingan Kelompok Bimbingan Individu Bengkel Seminar Kem/Perkhemahan Tayangan Video Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Taklimat Kolokium Tutor Sebaya Mentor Mentee Lawatan Ceramah Pameran Bank maklumat manual Bank maklumat berkomputer | ||
2. | Kemahiran Belajar | |||||
a. | Membaca | |||||
b. | Mencatat/ mengambil nota | |||||
c. | Pengurusan masa | |||||
d. | Pengurusan diri | |||||
e. | Mendengar | |||||
f. | Mengingat | |||||
g. | Mengulangkaji | |||||
h. | Menjawab soalan peperiksaan | |||||
i. | Menghadapi peperiksaan | |||||
3. | Mengumpul maklumat pelajaran atau peluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi. | |||||
4. | Kerjaya | 1. | Inventori Minat | Bimbingan Kelompok Bimbingan Individu Lawatan Ceramah Forum Seminar Tayangan video Pertandingan-pertandingan - Media Maklumat Kerjaya - Buku Skrap Kerjaya - Eksplorasi Alam Kerjaya - - Poster Kerjaya - Sketsa Kerjaya | ||
2. | Inventori Personaliti | |||||
3. | Inventori Nilai | |||||
4. | Pemilihan Mata Pelajaran Elektif | |||||
5. | Pengumpulan Maklumat Kerjaya | |||||
6. | Pendedahan kerjaya Peluang latihan kerjaya | |||||
7. | Penyebaran Maklumat | |||||
5. | Psikososial & Kesejahteraan Mental | 1. 2. 3. | Ujian Personaliti Senarai semak masalah Merujuk Kad Maklumat Diri (Jika perlu) | Bimbingan Kerjaya merentasi Kurikulum Bimbingan Kelompok Bimbingan Individu Forum Kursus Bengkel/Seminar Kem Bina Insan/ Diri Kolokium Lawatan Tayangan video Kaunseling Keluarga PRS Latihan Dalam Kumpulan Aktiviti Simulasi Kumpulan Perkhemahan Ibadah Ceramah | ||
4. | Kemahiran Komunikasi | |||||
5. | Kemahiran Asertif/Tegas diri | |||||
6. | Penyaringan maklumat | |||||
7. | Pengurusan Tekanan | |||||
8. | Kemahiran Rohani | |||||
9. | Kemahiran Membuat Keputusan | |||||
10. | Kemahiran Pengawalan Diri | |||||
11. | Kemahiran Aplikasi | |||||
12. | Kemahiran Sintesis | |||||
13. | Kemahiran Analisis Kritikal | |||||
14. | Pengekalan Penghargaan Kendiri/ Self Esteem | |||||
15. | Perkembangan Keremajaan | |||||
16. | Konsep Kendiri | |||||
17. | Pengendalian Kendiri | |||||
18. | Program Orientasi | |||||
6. | Keibubapaan | 1. | Komunikasi | Ceramah Seminar Forum Bengkel Perkhemahan keluarga/ Hari Keluarga Lawatan ke rumah Khidmat Konsultasi Kursus Kemahiran Keibubapaan Konferens Buletin Keluarga Pameran Bimbingan Individu Bimbingan Kelompok | ||
2. | Perkembangan individu | |||||
3. | Isu-isu Kekeluargaan | |||||
3.1 | Kepimpinan | |||||
3.2 | Perkembangan remaja masa kini dan akan datang | |||||
3.3 | Kerukunan dan kesejahteraan keluarga. | |||||
7. | Pembangunan Diri | 1. | Kemahiran Komunikasi | Bimbingan Individu Bimbingan Kelompok Latihan Dalam Kumpulan Lawatan ke rumah Ceramah Bengkel Praktikum PRS | ||
2. | Kemahiran Penyelesaian Masalah | |||||
3. | Kepimpinan | |||||
4. | Kemahiran Tegas Diri | |||||
5. | Pembimbing Rakan Sebaya | |||||
(PRS) | ||||||
6. | Kemahiran Sosial | |||||
7. | Kemahiran Memilih Keutamaan Tugas | |||||
8. | Pengurusan Diri | |||||
8. | Pendidikan Pencegahan Dadah / Rokok / Inhalan dan HIV/ AIDS | 1. | Kemahiran Asertif | Ceramah Seminar/Bengkel Pertandingan Esei Pertandingan Poster Pertandingan Pidato Pertandingan Boria Pertandingan Nasyid Kuiz 5 Minit Anti Dadah Pameran Bimbingan Individu Bimbingan Kelompok | ||
Subscribe to:
Posts (Atom)