Thursday, November 25, 2010

Senarai Tugas Guru Kaunseling Sepenuh Masa

4.1.1        Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan        Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

4.1.2        Mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling      sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temubual dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas murid.

4.1.3        Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid.

4.1.4        Mengumpul, menyelia, menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kepada semua murid melalui sebarang media yang sesuai.

4.1.5        Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang meransang perkembangan murid secara optimum.

4.1.6        Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan bimbingan dan kaunseling individu secara profesional dan beretika.

4.1.7.      Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua murid.

4.1.8        Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan  aktiviti pemberian maklumat sesuai dengan penawaran pakej pensijilan terbuka dan keperluan IPT.

4.1.9        Menjadi ahli jawatakuasa program pencegahan dadah, inhalan, rokok,       alkohol dan HIV/AIDS.

4.1.10 Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti untuk menyedia dan mendedahkan murid kepada peluang
melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar
negara.

4.1.11 Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung bimbingan dan    kaunseling, kerjaya dan pendidikan pencegahan dadah.

4.1.12 Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa , guru ,kakitangan bukan guru, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan murid.
4.1.13 Membuat penilaian aktiviti modul, model, instrumen dan profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah .

4.1.14 Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

4.1.15 Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan  Bimbingan dan Kaunseling.

4.1.16 Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebar kefahaman  dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

4.1.17 Memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid, guru, kakitangan dan ibu bapa yang memerlukannya.

4.1.18 Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan .

4.1.19 Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah dan PIBG.

4.1.20 Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancangan Sekolah, Disiplin Sekolah dan Jawatankuasa Lembaga / Badan Pengawas.

4.1.21 Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.

4.1.22 Menjadi penyelaras dalam program-program perkembangan murid kolokium, motivas, kem jaya diri, kepimpinan dan kursus ketatanegaraan.

4.1.23 Menjadi urusetia kepada program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan Dasar Bahasa Tambahan dan Jawatankuasa penempatan (Kemasukan ) murid di sekolah.

4.1.24 Menjadi penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Jabatan  Pendidikan Negeri.

4.1.25  Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh ketua jabatan dari semasa ke semasa. 

No comments:

Post a Comment